Puasa Ok, Tapi Bazaar Buat Berat Naik Ini Sebabnya
16 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2026, seorang peserta telah menonton video pendek studio sihat bertajuk “Puasa Ok, Tapi Bazaar Buat Berat Naik: Ini Sebabnya”. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemilihan makanan yang lebih sihat sepanjang bulan Ramadan.
Dalam sesi ini, peserta didedahkan bahawa bazaar Ramadan sememangnya menjadi tarikan utama kerana menawarkan pelbagai jenis makanan yang menarik dan menyelerakan. Namun begitu, walaupun berpuasa selama sebulan, terdapat ramai individu yang mengalami peningkatan berat badan. Perkara ini bukan berpunca daripada makanan bazaar itu sendiri, tetapi disebabkan cara pemilihan serta gabungan makanan semasa berbuka yang kurang sihat.
Melalui video pendek yang dikongsikan oleh Studio Sihat, peserta diberi pendedahan mengenai kesilapan paling biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat Malaysia ketika membeli juadah di bazaar Ramadan. Selain itu, peserta turut mempelajari cara berbuka dengan lebih sihat tanpa perlu mengelakkan bazaar sepenuhnya. Sesi ini juga menekankan tip praktikal yang realistik dan mudah diamalkan dalam kehidupan seharian bagi membantu mengekalkan kesihatan sepanjang Ramadan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: